Kotak Putih (WANITA)

  • ANGGUN
  • CANTIK
  • INDAH
  • INTAN
  • MANJA
  • AYU


Kotak Hitam (LELAKI)

  • KHAUF
  • TAKAFUR
  • TAWAKAL
  • MAHABAH
  • WARAK
  • IKHLAS







NAMA :




NO. K/P :




ALAMAT :




NO. TEL :




EMEL :




BAGAIMANA ANDA TEMUI KAMI?


FACEBOOK

POSTER

FLYERS

PAMERAN

LAIN-LAIN






Selepas anda mendaftar anda akan diberitahu no keahlian melalui e-mel atau SMS jadi sila beri maklumat yang betul bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Sekiranya anda masih tidak mendapat sebarang maklum balas dari pihak kami dalam masa 48 jam anda boleh terus ke Facebook Ratu AROMA untuk maklumkan pada kami.


Untuk Wanita



Untuk Lelaki


Kami sedang mencari agen untuk memasarkan Minyak Wangi berjenama Ratu A.R.O.M.A. ke seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Berminat, sila hubungi 019-4540624/013-4683376 (SMS SAHAJA)/0194556653 atau email ke ratuaroma@ymail.com. (Sila sertakan nombor telefon tuan/puan di dalam email untuk mempermudahkan pengurusan.)

Jangan lepaskan peluang anda menjana pendapatan bersama kami :)


Assalamualaikum Semua,
Apa khabar. Harap semuanya sihat-sihat belaka lah ya?
Baiklah, mungkin masih ramai yang tidak mengenali syarikat Ratu ini. Jadi hari ini saya akan menerangkan serba sedikit tentang syarikat kami. Syarikat Ratu ialah sebuah syarikat Bumiputera yang bernaung di bawah syarikat Fastabiq yang terkenal dengan produk T-shirt Muslimah dan T-shirt untuk IPTA dan IPTS. Ianya ditubuhkan sejak tahun 1997 dan mula bergiat aktif di dalam produk baru haruman bermula bulan Ramadhan 2009.

Produk Ratu sudah memasuki IPTA dan IPTS di Malaysia bagi proses pengenalan dan telah mendapat sambutan hangat oleh para pelajar di sana. Antara nya ialah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Alhamdulillah produk minyak wangi Ratu, iaitu Ratu A.R.O.M.A telah mendapat feedback yang positif daripada para pelajar.

Mengapa Nama Ratu Dipilih?
Nama Ratu ini dipilih setelah mempertimbangkan pelbagai aspek iaitu nama yang seharusnya melambangkan muslimah itu sendiri. Jika dilihat nama Ratu itu sinonim dengan seorang perempuan, wanita, muslimah  yang kita tahu di dalam Islam kedudukan seorang perempuan dalam pandangan ajaran Islam yang memberikan perhatian yang sangat besar serta kedudukan terhormat kepada seorang perempuan. Ratu juga melambangkan suatu kuasa yang kuat, dan tidak mudah mengalah.

Dimana kami boleh Mendapatkan Ratu?
Buat masa ini anda boleh menempah Produk Ratu ini di dalam blog ini atau anda boleh pergi terus ke laman sosial Facebook Ratu untuk mendapatkan perkembangan terbaru tentang produk kami atau anda boleh melayari blog ini sahaja untuk mendapatkan minyak wangi ini.

Berapa Harga Setiap Satu Kotak?
NP - WM :RM 59.00 , EM :RM 63.00

Bagaimana Cara Penghantaran Sekiranya Kami Membeli Secara Online?
Pihak kami senantiasa menjanjikan produk yang berkualiti termasuk cara penghantaran yang terbaik dan ia akan dihantar mengikut kuantiti yang anda minta. Dan penghantaran adalah PERCUMA untuk pembelian satu set (2 kotak). Kami membuat penghantaran menggunakan Pos Laju, SkyNet, FedEx.

Bagaimana Untuk Menjadi Agen Ratu A.R.O.M.A?
Sebelum anda menjadi agen kami, kami mengalu-alukan anda untuk mendaftar sebagai Ahli Fan Club Ratu A.R.O.M.A. Jangan Risau kerana keahlian kami adalah PERCUMA untuk SEUMUR HIDUP. Selepas anda mendaftar sebagai ahli Fan Club kami anda layak menjadi pengedar yang SAH di kawasan anda dengan mendapatkan harga diskaun sehingga 50%.

Saya Berminat. Tapi Bagaimana Untuk Menjadi Ahli?
Anda hanya perlu mendaftar di sini.

Boleh Tak Kami Pelajar Ini Menjadi Agen?
Tentu sahaja boleh. Pihak kami mengalu-alukan penyertaan pelajar, surirumah atau sesiapa sahaja yang mahu mencari duit tambahan (duit poket) kerana tujuan produk ini dibuat adalah untuk menjana ekonomi ummah.  Jadi ia tidak terhad pada sesiapa. Sesiapa pun boleh menyertai kami. Jadi pada pelajar kami mempunyai pakej khas untuk mebolehkan anda menyertai kami dengan modal yang berpatutan.

Mengapa Kami Harus Menjadi Agen?
Ini merupakan satu-satunya peluang terbaik dan sesuai untuk anda tambahkan pendapatan dari rumah dengan modal yang rendah di saat-saat kegawatan ekonomi yang masih tidak stabil. Malah keuntungan yang anda dapat adalah tinggi iaitu hampir 50%.

Adakah Setiap Satu Set Minyak Wangi adalah sama?
Tidak setiap set minyak wangi kami adalah berbeza-beza bau. Untuk maklumat lanjut mengenai bauuan yang digunakan anda boleh rujuk terus di sini.

Jenama Ratu sesuai ke untuk lelaki?
Mungkin agak janggal bagi sesetengah orang yang menganggap Ratu A.R.O.M.A. adalah khusus bagi wanita, namun dengan pembahgian nama A.R.O.M.A bagi minyak wangi lelaki ianya mungkin tiada masalah. Malah pemilihan kotak dan botol kami juga sudah cukup meyakinkan bahawa ianya untuk lelaki.

Bagaimana Untuk membezakan Minyak Wangi Wanita dan Lelaki?
Soalan ini juga bagi menjawab persoalan di atas. Bagi membezakan setiap botol minyak wangi dari Ratu A.R.O.M.A. mempunyai label dan namanya yang tersendiri di atas penutup. Perkataan Ratu untuk minyak wangi wanita dan perkataan A.R.O.M.A. untuk minyak wangi lelaki.

Kenapa Ratu A.R.O.M.A tidak dikhususkan pembuatannya pada Wanita Sahaja?
Mulanya sekali kami ingin anda renungkan firman allah ini ,
Segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu menyadari (kebesaran Allah) (QS Al-Dzariyat [51]:49)

Maha suci Allah yang telah menciptakan semua pasangan,baik dari apa yang tumbuh di bumi, dan jenis mereka (manusia) maupun dari (makhluk-makhluk) yang tidak mereka ketahui (QS Ya Sin [36]:36)
Jadi tidak mungkin kan kami membuat minyak wangi hanya untuk HAWA sahaja dan melupakan sang Adam yang harus berada bersama untuk melengkapi?

Adakah Minyak Wangi ini Diinspirasikan oleh Jenama Antarabangsa?
Tidak. Minyak wangi ini bukan diinspirasikan oleh jenama antarabangsa.

Apa Kelebihan Ratu A.R.O.M.A berbanding minyak wangi di luar sana?
Kelebihan minyak wangi kami telah dibacakan ayat Ruqiah dan Asma-Ul-Husna yang terpilih.
Minyak wangi Ratu ini adalah satu-satunya minyak wangi yang bukan berteraskan keuntungan semata-mata kerana setiap sebahagian daripada pembelian anda akan disumbangkan kepada maahad tahfiz Al-Quran dan orang-orang yang memerlukannya. Malah bukan itu sahaja kami menitik berat kan setiap minyak wangi yang dihasilkan TIADA campuran alkohol. Kadang-kala kita sebagai pengguna tidak mengambil berat kandungan minyak wangi dan terus dibawa sembahyang. Namun produk Ratu ini sangat menitikberatkan kesucian produk kami supaya pengguna tidak berasa was-was untuk menggunakannya untuk bersembahyang.

Bagaimana Jikalau Kami Mahu Membeli Satu Botol Sahaja?
Itu juga boleh. Kami menjual setiap satu botol ialah RM 10 sahaja dan satu botol ialah 3ml. Tetapi lebih untung membelinya dengan harga RM59.00 bagi Semenanjung dan RM63.00 bagi Sabah dan Sarawak. Atau terus sahaja jadi agen kami untuk mendapatkan harga diskaun 50%!

Siapa Yang Harus Membeli Minyak Wangi Ini?
Minyak wangi memang sesuai untuk dibeli pasangan suami isteri kerana Ratu A.R.O.M.A mempunyai dua set untuk lelaki dan juga perempuan. Jadi ia sangat sesuai untuk diberikan hadiah kepada pasangan anda dalam menyemarakkan lagi rasa cinta bersama pasangan anda.
Minyak wangi ini harus dibeli oleh pelajar kerana ia bukan hanya sekadar minyak wangi tetapi ia mempunyai khasiat aroma terapi yang mampu menyegarkan badan dan memberi kecerdasan minda serta Insyallah ia mampu memberikan pencapaian yang terbaik ketika anda belajar!

Saya Rasa Berminat. Tapi Bagaimana Untuk Membuat Pembayaran?
Kami menerima pembayaran secara online melalui Maybank dan juga Bank Islam.

Berapakah Tempoh Penghantaran
Maksimum 3 hari bekerja

Akhir sekali pada kaum muslimin dan muslimat sokonglah Ratu dan bersama-samalah kita meningkatkan ekonomi ummah kerana setiap pembelian dari anda akan disumbangkan kepada Maahad Tahfiz Al-Quran dan mereka yang memerlukan.
Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi terus kami di 03-60815821 atau Puan Nurul (SMS SAHAJA) di 013-4683376 dan Cik Nurul Afiqah di 019-4556653 atau e-mailkan sahaja pertanyaan anda atau apa-apa pendapat dan cadangan anda tentang produk kami di ratuaroma@ymail.com

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebagian kamu lebih banyak dari sebagian yang lain, karena bagi lelaki ada bagian dari apa yang mereka peroleh (usahakan) dan bagi perempuan juga ada bagian dari apa yang mereka peroleh (usahakan) dan bermohonlah kepada Allah dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu (QS 4:32)

- KERANA KAMI MELENGKAPKAN IBADAH ANDA -

Ratu Aroma
 Pati aroma haruman inspirasi 
 ramuan teliti mengilhamkan aroma yang berkualiti tinggi 
 semerbak bauan haruman Firdausi .
 Keaslian terkini sumber inspirasi, menyegarkan minda dan rohani .
 Inilah wangian yang dicari, dapatkan juga hari ini! 



Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
"Barangsiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak." (Hadis Riwayat Muslim)

Jom Berkawan Dengan Ratu